PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

PERBINCANGAN BERSAMA ANTARA SAFE AND CLEAN DAN JAS WP LABUAN

DOE WP Labuan 09/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PERBINCANGAN BERSAMA ANTARA SAFE AND CLEAN DAN JAS WP LABUAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/08/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

TARIKH: 4.8.2023 MASA: 9.00 am TEMPAT: Bilik Mesyuarat JAS WP Labuan Kehadiran JAS WP Labuan: Pengarah, PPK MMA, PJ GOG Delegasi Safe and Clean (SCOR) telah berkunjung ke Pejabat JAS WP Labuan dan bertemu dengan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Yaras Bin Hj Yusup. Banyak perbincangan yang telah dilakukan termasuklah isu pelupusan eksibit buangan terjadual secara CSR yang berada dalam simpanan JAS WP Labuan. Pihak SCOR telah bersetuju untuk melakukan pelupusan eksibit tersebut secara segera dan akan mengambil tindakan selewatnya hari Isnin (7 Ogos 2023). Turut dibincangkan ialah berkaitan operasi dan permasalahan yang dihadapi oleh pihak SCOR. Satu persefahaman telah dicapai agar kedua-dua pihak dapat beroperasi dengan lebih cekap dan profesional pada masa hadapan. Pihak SCOR juga menyatakan minat untuk melakukan jalinan kerjasama dengan JAS dalam program pendidikan dan kesedaran yang bakal dianjurkan kelak. Sekian terima kasih. #JASMalaysia #JASWPLabuan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan