PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS GEMPUR SIRI 6/2023 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERLIS

DOE Perlis 09/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GEMPUR SIRI 6/2023 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERLIS
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/08/2023
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

1 Ogos 2023, Kangar - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah melaksanakan Ops Gempur Siri 6/2023 pada 24-28 Julai 2023 ke atas premis-premis yang beroperasi di Negeri Perlis. Ops Gempur kali ini melibatkan 5 pasukan penguatkuasa dengan kekuatan anggota seramai 15 orang. Objektif operasi ini adalah untuk memastikan pihak industri terutamanya penjana buangan terjadual sentiasa mematuhi kehendak perundangan alam sekitar. Selain itu, ianya juga menunjukkan keseriusan Jabatan Alam Sekitar dalam membanteras jenayah alam sekitar dengan mengambil tindakan perundangan yang tegas kepada mana-mana pesalah yang dikesan. Sebanyak 75 premis telah diperiksa semasa operasi ini dilaksanakan dan sebanyak 16 premis telah dikesan melakukan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap setiap kesalahan tersebut. JAS Negeri Perlis komited dalam menjalankan penguatkuasaan berterusan dengan tegas bagi memastikan premis-premis yang diselia sentiasa mematuhi perundangan yang ditetapkan di bawah AKAS, 1974 dan mengingatkan pemilik atau operator premis supaya cakna terhadap perkara ini bagi mengelakkan tindakan perundangan dikenakan atas kesalahan yang dilakukan. Orang awam adalah diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected]. #nrecc #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_ogos2023

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan