Penerangan
2 Ogos 2023, Sepang- Unit Pendidikan & Pengawasan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan program pengawasan kualiti air tanah di 2 Stesen Pemantauan Kualiti Air Tanah di Sepang. Sampel air bawah tanah yang telah diambil dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa.
Aktiviti persampelan ini dijalankan adalah untuk memantau tahap kualiti air dalam tanah yang dirancang bagi tahun 2023. Secara keseluruhannya, terdapat 9 buah Stesen Pemantauan Kualiti Air Tanah yang terlibat bagi program ini di negeri Selangor. "Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama".