Penerangan
1 Ogos 2023, Shah Alam - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dengan Kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Alam Sekitar Negeri Selangor (KESAS) telah mengadakan Seminar Pengurusan Buangan Terjadual dan Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bertempat di Concorde Hotel, Shah Alam.
Seminar dianjurkan adalah untuk meningkatkan kefahaman mengenai keperluan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya termasuklah garis panduan serta polisi terkini berkaitan dengan pengurusan buangan terjadual. Seminar ini juga memberikan manfaat kepada penggerak projek, jururunding, industri serta pihak-pihak lain yang berkepentingan dan telah dirasmikan oleh Puan Nor Aziah binti Jaafar, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor.