Penerangan
TARIKH: 2 OGOS 2023
MASA: 8.30 pagi - 10 pagi
Bicara Eksklusif: Apa itu ewaste sempena Program Sinergi LabuanFM E-waste “Go Green” merupakan program anjuran Jabatan Penyiaran WP Labuan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar WP Labuan. Bicara eksklusif oleh Tuan Yaras Hj. Yusup, Pengarah Jabatan Alam Sekitar ini disiarkan secara langsung di Live Facebook RTM Labuan dan radio LabuanFM pada 9.15 pagi bersama Dj Fiass and Dj Baby. Pelbagai isu-isu menarik dan persoalan tentang E-waste dibincangkan seperti pengertian E-waste, perbezaan sisa domestik dan E-sisa, kepentingan pengurusan E-waste yang cekap dan sebagainya.
Wawancara ini adalah juga bertujuan untuk mempromosikan program pengumpulan E-waste yang akan dijalankan pada 5 Ogos 2023 dalam Program Sinergi Labuanfm E-Waste “Go Green” yang akan diadakan di Dewan Homestay Kg. Sungai Labu WP Labuan. Aktiviti berkaitan e-waste dimana kutipan e-waste isi rumah akan dijalankan dan orang ramai dijemput untuk hadir dan berpakat untuk menghantar sisa e-waste mereka sekaligus berkesempatan untuk memenangi cabutan bertuah. Ceramah berkaitan ewaste juga akan diadakan di dalam program tersebut.
Disamping itu, Kunjungan Hormat ke atas Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran WP Labuan, Puan Fauziah Binti M. Sidek telah dilakukan oleh Tuan Pengarah JAS WP Labuan. Pelbagai isu dan perkara berkaitan kerja dan kolaborasi bersama pada masa depan dirancang oleh dua jabatan ini.
Sekian dan terima kasih.
#JASMalaysia
#JASWPLabuan