Penerangan
24 Julai 2023, Kota Bharu - Unit Punca Bergerak JAS Negeri Kelantan telah menjalankan persampelan ke atas dua buah stesen minyak di kawasan Kota Bharu, Kelantan untuk kawalan kandungan petrol dan diesel mengikut standard yang ditetapkan oleh JAS di bawah peruntukan Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Petrol dan Diesel) 2013 yang mana boleh disabitkan denda tidak lebih dari RM 50,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun, atau kedua duanya.