Penerangan
2 Ogos 2023, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah bersama-sama dengan UNiKL, PTHM dan agensi serta syarikat lain yang dijemput ke program ‘Green Pledge’ yang dianjurkan oleh syarikat Victory Recovery Resources Sdn. Bhd. pada 27 Julai 2023 yang lalu di Hotel Hatten, Bandar Hilir, Melaka. Program ‘Green Pledge’ merupakan suatu program yang julung kali dianjurkan oleh mana-mana premis di Melaka mahupun di Malaysia. Uniknya ikrar ini diilhamkan sendiri dan ditandatangani oleh barisan pengurusan kilang yang merupakan premis yang ditetapkan (PYDT) dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Ikrar ini bertujuan menzahirkan komitmen mereka kepada kelestarian alam sekitar dan pematuhan.
Pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dari Unit Pendidikan iaitu Encik Muhammad Faiz bin Mohd Shafie, Penolong Pegawai Kawalan Kanan telah menyampaikan taklimat fungsi Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dan pengenalan kepada Cleaner Production dimana ia dipelopori oleh Seksyen Industri Hijau, JAS Ibu Pejabat. Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang https://btm.doe.gov.my/cpvc/. Jabatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengurusan kilang ini diatas komitmen yang ditunjukkan dan menyahut kilang-kilang serta premis-premis lain khususnya di Negeri Melaka mengikuti jejak langkah yang sama.
#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama