PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

HARI BERTEMU PELANGGAN PERBADANAN LABUAN DAN AGENSI KERAJAAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2023 ANJURAN PERBADANAN LABUAN

DOE WP Labuan 09/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
HARI BERTEMU PELANGGAN PERBADANAN LABUAN DAN AGENSI KERAJAAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2023 ANJURAN PERBADANAN LABUAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/08/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

TARIKH: 29 dan 30 Julai 2023 MASA: 7.30 pagi – 5.00 petang HARI BERTEMU PELANGGAN merupakan satu program yang dianjurkan oleh Perbadanan Labuan. Terdapat banyak aktiviti menarik yang telah dilakukan seperti Senam Robik, Pameran, Kuiz di booth pameran, Saringan Kesihatan dan banyak lagi yang dijalankan sepanjang program. JABATAN ALAM SEKITAR telah mengambil peluang ini untuk bersama-sama turun padang pada hari minggu bagi membolehkan interaksi yang lebih dekat bersama pelanggan di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. Satu booth Pameran telah diadakan mempamerkan mesin penguji asap hitam enjin diesel, drone tinjauan dan intipan dan banyak lagi telah dipamerkan. Selain itu, beberapa Pocket Talk dan taklimat telah diberikan kepada orang ramai mengenai tajuk "Larangan Pembakaran Terbuka" , "Pengurusan Sisa E-Waste" , dan "Asap Hitam Enjin Diesel". Konsultasi percuma juga telahdiberikan kepada mereka yang khuatir tentang kesihatan enjin diesel mereka. Seterusnya, Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan juga tidak ketinggalan untuk mempromosikan pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar yang berjaya mengumpul 12 Ahli baru. Perkara ini diharapkan dapat merancakkan lagi aktiviti cakna alam sekitar di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. Majlis Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBHG. Datuk Seri Hajah Rosida Binti Jaafar (Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan Labuan) dan turut Hadir YBRS. Tuan Haji Rithuan Bin Haji Mohd Ismail ( Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan). Sekian dan terima kasih. #JASMalaysia #JASWPLabuan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan