Penerangan
PROGRAM UJI CUBA & LATIH AMAL SOP MELAKSANAKAN PROGRAM MENCEGAH KEBAKARAN TANAH GAMBUT UNTUK MENGATASI JEREBU TAHUN 2023 DI DAERAH LAWAS, SARAWAK ??
?? TARIKH : 27.07.2023 (KHAMIS)
?? MASA : 08.00 am - 12.30 pm
?? LOKASI : TAPAK TIUB TELAGA DAN CHECK DAM DI BANTING, JALAN BY-PASS PULAU SALAM, LAWAS, SARAWAK
?? PENGANJUR : JAS SARAWAK
????? KEHADIRAN ANGGOTA : PPKK JJ & PJ MKA
?????????? AGENSI YANG TERLIBAT : RESIDEN Limbang, Wakil KeTSA, NREB, JMG, Majlis Daerah Lawas, PDRM, BOMBA, APM, DID, RELA (semua agensi Sarawak)
??PERKARA-PERKARA YANG INGIN DIMAKLUMKAN:
?? Tujuan program adalah untuk menetapkan agensi-agensi terlibat berkenaan SOP melaksanakan Pencegahan Pembakaran Tanah Gambut Untuk Mengatasi Jerebu di Daerah Lawas. Dan perkara ini telah diperincikan dalam mesyuarat yang dipengerusikan Pengarah JAS Sarawak pada 26.07.2023 dengan penambahan oleh NRED agar SOP ini diperkemaskan kepada penghuni tanah persendirian juga.
?? Lawatan lokasi Check Dam dalam saliran yang telah dibina oleh pihak DID dan Tiub Telaga yang disenggarakan oleh JMG yang kedua-duanya terletak berhampiran di kawasan program berkenaan iaitu Banting, Jalan By-pass Pulau Salam.
?? Pegawai DID telah memberikan taklimat ringkas berkenaan proses binaan, rekabentuk dan operasi check dam berkenaan.
?? Pegawai JMG telah memberikan taklimat ringkas berkenaan tiub telaga yang terdapat di dalam Negeri Sarawak iaitu sebanyak 13 buah dan jumlah luahan sepertimana di dalam maklumat yang dibekalkan.
?? Pasukan BOMBA menjelaskan jentera-jentara pemadaman api yang digunakan dan demonstrasi pengepaman air dari tiub telaga dan kaedah-kaedah pancutan air.
Sekian untuk makluman.
Disediakan oleh,
JAS Cawangan Sipitang/Beaufort