31 Julai 2023, MELAKA – Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah selesai menjalankan Ops Gempur Bil 7/2023 ke atas premis-premis yang bukan ditetapkan (PYBDT) dan premis-premis yang ditetapkan (PYDT) di Negeri Melaka dari tarikh 26 hingga 27 Julai 2023.
Operasi bersepadu ini dianggotai seramai 15 anggota penguatkuasa dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dan sebanyak 12 premis telah diperiksa yang membawa kepada 12 Arahan di Lapangan, 8 Tawaran Kompaun , 3 penyediaan kertas siasatan bagi Izin Mengkompaun, dan 4 Notis Arahan telah diambil tindakan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka di atas pelbagai kesalahan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Orang awam diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].
#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama