Penerangan
SAMBUTAN HARI BIODIVERSITI 2023 PERINGKAT NEGERI SABAH DI KADAMAIAN SQUARE, KOTA BELUD
28 Julai 2023, Kota Belud - Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC) dengan kerjasama Pejabat Daerah Kota Belud,
jabatan dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan telah menganjurkan Sambutan Hari Biodiversiti 2023 pada 28 Julai 2023 (Jumaat) bermula dari jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang bertempat di Kadamaian Square, Kota Belud.
Aktiviti dan program iaitu kuiz, taklimat, pameran biodiversiti, saringan kesihatan termasuk jualan tamu oleh komuniti tempatan telah memeriahkan sambutan pada tahun 2023 ini yang bertemakan "From Agreement to Action: Build Back Biodiversity".
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia. Satu sesi taklimat berkenaan Projek Dokumentasi Pengetahuan Tradisi (TK) Komuniti Asal Sabah oleh SaBC telah diadakan dan Terma Persetujuan Bersama (Mutual Agreed Terms) di antara SaBC dan Komuniti Kg. Melangkap telah ditandatangani oleh Pihak SaBC bersama Ketua Kampung Kg. Melangkap, Kota Belud.
Amirul Aripin, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah telah dijemput dan turut hadir ke Majlis Perasmian Sambutan Hari Biodiversiti 2023 Peringkat Negeri Sabah