Penerangan
MESYUARAT LAPORAN INTERIM "STUDY ON INTEGRATED RIVER BASIN MANAGEMENT (IRBM) PLAN FOR SUNGAI PAPAR BASIN, SABAH" ??
?? Tarikh: 27 Julai 2023 (Khamis)
? Masa: 9.00 Pagi - 4.00 Petang
?? Tempat: Grandis Hotel, Kota Kinabalu
?? Anjuran: Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) Malaysia
??????? Kehadiran JAS Sabah: PP FM
?? Ringkasan Laporaan Mesyuarat:
?? Tujuan mesyuarat adalah bagi membentangkan dan membincangkan Laporan Interim yang telah disediakan oleh Jururunding yang dilantik iaitu Konsultant Kumpulan (M) Sdn. Bhd.
?? Pembentangan Laporan Interim merangkumi perkara-perkara berikut:
1?? Data Collection and Management
2?? Modelling and Analysis
3?? Ensure Sufficient Water
4?? Ensure Clean Water
5?? Reduce Flood Risk
6?? Enhance Environmental Conservation
7?? Socio-Economic Aspects
8?? Stackholders Engagement
9?? Legislation and Institution
1??0?? Proposed Strategic Plan and Action Plan
?? Wakil JAS Sabah telah memberi ulasan semasa mesyuarat seperti berikut:
1?? Penilaian dan kajian kualiti air sungai hendaklah juga mengambilkira non-point sources seperti aktiviti pembukaan tanah, pertanian, kuari, dsb yang merupakan punca kepada pencemaran sedimen di sungai-sungai yang terlibat.
2?? Data kekerapan henti tugas loji rawatan air juga hendaklah diambilkira sebagai isu yang perlu ditangani bagi memastikan bekalan air yang mencukupi dan berterusan.
3?? Peraturan KEEP 1979 yang dirujuk adalah tidak relevan dan perlu dikemaskini dengan merujuk kepada peraturan yang baru iaitu PPKAS (EP) 2009 dan PPKAS (Kumbahan) 2009.
?? Mesyuarat menetapkan untuk pihak perunding mengemaskini Laporan Interim yang dikemukakan dengan mengambilkira input dan ulasan daripada semua stackholders semasa mesyuarat ini.