Penerangan
TAKLIMAT KERTAS KABINET CADANGAN MELAKSANAKAN PROJEK RIGS-TO-REEF DI SABAH DENGAN KERJASAMA PETRONAS ????
?? Tarikh: 21 JULAI 2023
? Masa: 9:30 pagi- 12.00 Tengah Hari
?? Tempat: Le’ Meridian Hotel, Kota Kinabalu
Penganjur: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah
????? Pengerusi : Tuan Robert Stidi, SUT Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah
????? Kehadiran JAS Sabah: PP RK
?? Ringkasan Taklimat:
1?? Taklimat berhubung program disampaikan kepada ahli jemputan untuk memohon ulasan terhadap kertas kabinet sebelum dibentang dalam kabinet. Kertas kabinet akan diedar kepada setiap Jabatan yang dijemput untuk memberikan ulasan secara bertulis dalam masa 1 minggu.
2?? Secara ringkas projek ini adalah untuk menjadikan struktur pelantar milik Petronas yang tidak diguna/tamat operasi dijadikan sebagai tukun tiruan. Ini merupakan kolaborasi antara Jabatan Perikanan Sabah dengan Petronas.
3?? Sebelum ini projek Rigs-to-Reef ini telah berjaya dilakukan di Negeri Sarawak dan Terengganu. Untuk Negeri Sabah pelantar Petronas yang tidak akan digunakan/tamat operasi di kawasan perairan pantai Barat Sabah dicadang untuk dijadikan tukun tiruan. Projek dijangka bermula pada tahun 2025 di Sabah.
4?? Memandangkan kertas kabinet masih dalam peringkat cadangan, wakil JAS Sabah memaklumkan berhubung keperluan untuk menghantar Decommissioning Plan dengan mengambilkira pengurusan buangan terjadual yang terdapat di setiap pelantar sebelum diroboh untuk dijadikan tukun.