PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

SESI LIBAT URUS PETRONAS GAS BERHAD-GAS PROCESSING SANTONG  BERSAMA JAS TERENGGANU BENTANG CADANGAN TURNAROUND

DOE Terengganu 31/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS PETRONAS GAS BERHAD-GAS PROCESSING SANTONG  BERSAMA JAS TERENGGANU BENTANG CADANGAN TURNAROUND
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/07/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

SESI LIBAT URUS PETRONAS GAS BERHAD-GAS PROCESSING SANTONG  BERSAMA JAS TERENGGANU BENTANG CADANGAN TURNAROUND KUALA TERENGGANU, 31 Julai 2023- Satu sesi perbincangan di antara Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu bersama Petronas Gas Berhad- Gas Processing Santong (GPS) yang diketuai oleh En M. Muhaimin bin A. Rahim telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama JAS Terengganu hari ini, Isnini. YBrs. Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Timbalan Pengarah Operasi telah mempengerusikan sesi perbincangan ini yang turut dihadir bersama beberapa pegawai dari Bahagian Operasi JAS Terengganu. Sesi perbincangan tertumpu kepada perancangan aktiviti penyelenggaraan (turnaround) yang akan dijalankan di loji  GPS-GPP 5. Pada sesi ini juga GPS telah membentangkan jadual kerja, kerangka masa dan tindakan yang perlu diambil bagi memastikan aktiviti turnaround yang dirancang berjalan dengan lancar dan sentiasa mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 974. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan