Penerangan
SESI LIBAT URUS JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERENGGANU BERSAMA PLANMALAYSIA
KUALA TERENGGANU, 31 Julai 2023 - Satu sesi libat urus di antara PLANMalaysia, yang diketuai oleh TPr Dr. Abu Bakar bin Mat, Pengarah PLANMalaysia Terengganu bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, JAS Terengganu, hari ini, Isnin.
Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah JAS Terengganu yang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan kedua-dua Jabatan.
Tujuan libat urus ini adalah untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan fungsi dan peranan kedua-dua Jabatan ini dalam memperkasakan hala tuju dan bidang tugas masing-masing demi mencapai pembangunan yang mampan.
JAS Terengganu mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PLANMalaysia atas perbincangan yang bermanfaat ini. Usaha ini diharap akan dapat memperkasakan kerjasama kedua-dua Jabatan, khususnya di Negeri ini.
#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama