PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PEMBENTANGAN & PERKONGSIAN CIPTAAN INOVASI MENARA HABA SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK NAN KAYA, TANJUNG MALIM KEPADA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERAK

DOE Perak 08/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMBENTANGAN & PERKONGSIAN CIPTAAN INOVASI MENARA HABA SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK NAN KAYA, TANJUNG MALIM KEPADA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERAK
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/07/2023
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

14 JULAI 2023, IPOH - Sekolah Kebangsaan Datuk Nan Kaya, Tanjung Malim yang diketuai Encik Fahmir, Guru Kanan Kokurikulum beserta dua orang guru dan beberapa orang pelajar telah berkunjung ke Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak bagi pembentangan & perkongsian ciptaan inovasi menara haba sekolah sempena Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2023 yang akan diadakan pada 28 Julai 2023. Tema pertandingan kali ini adalah Kelestarian Alam Sekitar (Bumi Hijau). Sekolah tersebut yang diwakili beberapa orang pelajar telah mencipta satu inovasi menara haba yang mana ianya berfungsi untuk mengesan dan pelaksanaan tindakan awal bagi kebakaran hutan. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah berbesar hati memberikan maklumat dan penerangan tentang kebakaran hutan serta hal-hal lain yang berkaitan dengan kepakaran pihak jabatan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Datuk Nan Kaya, Tanjung Malim atas perhubungan jalinan dua hala yang telah dicetuskan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan