PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

MINGGU CAKNA “E-WASTE” DI SMA (JAIM) ASSAYIDAH KHADIJAH, JASIN, MELAKA

DOE Melaka 01/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MINGGU CAKNA “E-WASTE” DI SMA (JAIM) ASSAYIDAH KHADIJAH, JASIN, MELAKA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/08/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

31 Julai 2023, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah dijemput pada 26 Julai yang lalu untuk memberikan perkongsian berkaitan pengurusan e-waste di Malaysia khususnya untuk e-waste yang dihasilkan di sekolah. Perkongsian telah disampaikan oleh Puan Hazereen binti Mohammad, Ketua Bahagian Pembangunan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Selain itu, pameran kesedaran alam sekitar serta pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS) turut diadakan. Jabatan mengucapkan syabas kepada Sekolah ini kerana menyokong kempen Cakna E-Waste yang dianjurkan oleh Seksyen Scheduled E-waste, Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar dimana ia bermula dari 1 Julai sehingga 31 Oktober tahun ini. Penyertaan oleh guru-guru dan pelajar-pelahar sekolah ini amatlah menggalakkan semasa program Cakna E-waste ini berjalan. Jumlah timbangan e-waste yang berjaya dikumpul pada program tersebut adalah sebanyak 250 kg semasa timbangan pertama dan kemudian bertambah kepada 511.0kg di akhir program. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka mengajak semua sekolah-sekolah di Melaka khususnya untuk menyahut seruan Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat dengan mengelolakan program Cakna E-waste di sekolah masing-masing. Ayuh mengurus e-waste dengan tatacara yang sempurna demi kelestarian alam sekitar. Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang www.ewaste.doe.gov.my. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama      

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan