Penerangan
Dihadiri YB Tuan V. Sivakumar Menteri Sumber Manusia dan wakil Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Chew Seh Yong EXCO Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan Dan Hal Ehwal Bukan Islam di program Karnival Jom Latih Madani Peringkat Negeri Sembilan
Perlaksanaan karnival ini memberikan peluangkepada semua pengunjung untuk melawat pameran agensi-agensi kerajaan dan kementerian serta institusi pendidikan yang turut menyertai karnival ini termasuklah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan yang dijemput bagi mengadakan pameran dan pendedahan tentang kesedaran alam sekitar.
Dari aspek pendidikan hingga bantuan sosial, pengunjung dapat mengeksplorasi pelbagai bidang yang relevan dengan keperluan mereka dan mendapatkan panduan yang mereka perlukan.
Dalam majlis yang sama, HRD Corp. (Kementerian Sumber Manusia) telah menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada golongan asnaf, sumbangan laptop kepada pelajar cemerlang SPM dan sumbangan CSR kepada rumah ibadat bukan Islam.