Penerangan
PROGRAM WEBINAR PEMATUHAN PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (UDARA BERSIH) 2014: KEPERLUAN NOTIFIKASI DAN PENGISYTIHARAN BERTULIS BAGI CEROBONG, ALAT PEMBAKARAN BAHAN API (APB) SERTA ALAT KAWALAN PENCEMARAN UDARA (AKPU)
JAS Negeri Selangor dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan (KESAS) JAS Selangor telah mengadakan satu program webinar bertajuk “Webinar Pematuhan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014: Keperluan Notifikasi Dan Pengisytiharan Bertulis Bagi Cerobong, Alat Pembakaran Bahan Api (APB) Serta Alat Kawalan Pencemaran Udara (AKPU)”
Tujuan webinar ini adalah bagi memberi kefahaman mengenai keperluan undang-undang dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 (PPKAS (UB) 2014) disamping pendedahan berkenaan kaedah pemantauan prestasi Sistem AKPU yang efektif bagi memastikan sistem AKPU berfungsi dengan baik dan sekaligus dapat melindungi kesihatan awam melalui alam sekitar yang bersih.