PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DI SHAH ALAM UTARA OLEH JAS SELANGOR

DOE Selangor 08/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DI SHAH ALAM UTARA OLEH JAS SELANGOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/07/2023
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

TARIKH/HARI: 30 Julai 2023 (Ahad) MASA : 11.00 am - 7.00 pm LOKASI:
  • Kawasan Perindustrian Hicom Glenmarie U1
  • Kawasan Perindustrian Bukit Cherakah U9
  • Kawasan Perindustrian TUDM Subang U6
  • kawasan Perindustrian Mah Sing U5
Shah Alam, 30 Julai 2023 - Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah melakukan rondaan pemantauan pencemaran yang memfokuskan di kawasan perindustrian dan kawasan kawasan yang berpotensi berlakunya pencemaran. Rondaan di kawasan perindustrian mendapati kebanyakan premis besar beroperasi dan premis di kawasan industri kecil tidak beroperasi. Pegawai penguatkuasa (JAS) Negeri Selangor juga telah melakukan pemeriksaan sekitar longkang premis di kawasan yang dironda. Tinjauan di sekitar longkang-longkang kawasan premis tidak menemui sebarang unsur pencemaran air atau pelepasan efluen tidak terolah ke longkang awam. Tiada juga pencemaran bagi punca udara dan pembakaran terbuka. Secara keseluruhannya, keadaan kawasan rondaan adalah baik dan terkawal tanpa sebarang aduan dan pencemaran yang dikesan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan