TARIKH : 29/07/2023 (SABTU)
MASA : 10.00am – 4.00pm
LOKASI RONDAAN:
- SALAK TINGGI,
- JENDERAM HULU
- SUNGAI MERAB
- KG ABU BAKAR BAGINDA
- KAW. PERINDUSTRIAN TAMAN MAS
- TAMAN PERINDUSTRIAN MERANTI JAYA
- KAW. PERINDUSTRIAN D’25 MERANTI PUCHONG
- TAMAN PERINDUSTRIAN TASIK PERDANA
- PUTRA PERDANA
- BANDAR NUSAPUTRA
- CYBERJAYA
- CYBERSOUTH
- CASA GREEN
- BANDAR SERENIA
- KOTA WARISAN
29 JULAI 2023, SEPANG – Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor sentiasa bersiap sedia menjalankan rondaan bagi memantau punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan dan pemantauan dijalankan melibatkan daerah Sepang. Tiada pembakaran terbuka, pelepasan asap hitam melalui cerobong serta pelepasan air yang mencurigakan dikesan semasa rondaan dilakukan. Rondaan dan pemantauan secara berterusan terutama semasa cuti hujung minggu diharap dapat mencegah kejadian yang tidak diingini dan pencemaran berlaku.