PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

RONDAAN PEMANTAUAN DAN PENCEGAHAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR SERTA PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS SELANGOR CAWANGAN KAJANG

DOE Selangor 08/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN PEMANTAUAN DAN PENCEGAHAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR SERTA PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS SELANGOR CAWANGAN KAJANG
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/07/2023
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

TARIKH : 30/ 07/2023(Ahad) MASA : 10.30- 3.00 ptg LOKASI :
  • BALAKONG
  • CHERAS JAYA
  • SEMENYIH
30 JULAI 2023, HULU LANGAT - Rondaan pemantauan dan pencegahan pencemaran telah dijalankan di kawasan Hulu Langat dan mendapati tiada pencemaran alam sekitar dan pelepasan yang mencurigakan dari cerobong-cerobong premis. Pasukan rondaan memberi tumpuan kepada beberapa kawasan yang sering diadu berlaku aktiviti pembakaran dan pencemaran berhampiran Balakong, cheras Jaya dan Semenyih. Orang awam adalah diingatkan kesalahan pembakaran terbuka akan terus diambil tindakan kompaun. Pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan