TARIKH/HARI: 29 Julai 2023 (SABTU)
MASA : 11.00 am - 7.00 pm
LOKASI:
- Kawasan Petaling Jaya
- Jalan SS8, Kws free Zone Sg. Way
- Sekitar Westem Digital
- kawasan Perindustrian Seksyen 15, 15A dan 16
- Seksyen 17 Shah Alam
SHAH ALAM, 29 JULAI 2023 – Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan pemantauan dijalankan melibatkan kawasan sekitar Shah Alam dan Petaling Jaya serta
kawasan-kawasan yang berpotensi tinggi berlakunya pencemaran. Tinjauan pada saluran perparitan awam, longkang serta cerobong premis tidak menemui sebarang kejadian yang mencurigakan. Rondaan dan pemantauan secara berterusan terutama semasa cuti hujung minggu dan cuti umum diharap dapat mencegah kejadian yang tidak diingini berlaku.