Penerangan
KUNJUNGAN HORMAT UniSZA KE JAS TERENGGANU JALIN KERJASAMA PENGANJURAN PROGRAM HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2023
KUALA TERENGGANU, 30 Julai 2023: Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menerima kunjungan seramai 7 orang pegawai kanan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang diketuai oleh Timbalan Dekan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Kampus Gong Badak, YBrs. Dr. Wan Mohamad Asyraf bin Wan Afthanorhan bagi mengadakan sesi libat urus.
Sesi libat urus yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ramli Abd. Rahman, Pengarah JAS Terengganu telah dimulai dengan sesi pembentangan progra-program kelestarian UniSZA disusuli dengan perbincangan cadangan untuk mengadakan jalinan kerjasama bagi penganjuran program-program kelestarian alam sekitar fokus kepada Sambutan Hari Alam Sekitar Negara yang bakal dianjurkan Oktober ini.
Sesi ini juga turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah, Encik Mohd Norli Abdullah dan pegawai pegawai dari Unit Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar.
Pada sesi terakhir libat urus ini, Tuan Pengarah JAS Terengganu mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan yang dizahirkan oleh UniSZA dalam meningkatkan kerjasama sedia ada bagi memantapkan lagi program-program komunikasi, pendidikan dan kesedaran Alam sekitar (CEPA) yang mempunyai matlamat yang sama dalam melestarikan alam sekitar untuk kesejahteraan semua.
#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama