PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KERJASAMA JAS TERENGGANU BERSAMA RAKAN STRATEGIK DAN RAKAN KORPORAT BANTU MASYARAKAT URUS E-WASTE DARI ISI RUMAH DENGAN BETUL DAN SELAMAT

DOE Terengganu 29/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KERJASAMA JAS TERENGGANU BERSAMA RAKAN STRATEGIK DAN RAKAN KORPORAT BANTU MASYARAKAT URUS E-WASTE DARI ISI RUMAH DENGAN BETUL DAN SELAMAT
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
29/07/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KERJASAMA JAS TERENGGANU BERSAMA RAKAN STRATEGIK DAN RAKAN KORPORAT BANTU MASYARAKAT URUS E-WASTE DARI ISI RUMAH DENGAN BETUL DAN SELAMAT KUALA TERENGGANU, 29 Julai 2023- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu dan Majlis Daerah Hulu Terengganu Bersama Syarikat KT Wan Recycle telah mengadakan program pembelian dan pengumpulan E-Waste hari ini, Sabtu. Program yang berlangsung di Pasar Tani Kuala Berang tetap mendapat sambutan walaupun hari ini beberapa jalan ditutup sempena penamaan Calun Piliharaya Negeri (PRN). JAS Terengganu menyokong kerjasama sebagai rakan strategik Majlis Daerah Hulu Terengganu dan rakan korporat Syarikat KT Wan Recycle dalam melaksanakan program pengumpulan e-waste daripada isi rumah bagi membantu masyarakat menguruskan e-waste yang telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi ini secara betul dan selamat mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. JAS Terengganu memberi jaminan bahawa program ini akan terus dianjurkan bersama semua Pihak Berkuasa Tempatan di negeri ini demi membantu orang awam melupuskan e-waste secara lestari. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan