Penerangan
KESIAP SIAGAAN PASUKAN PENGUATKUASA JAS TERENGGANU MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PANTAU PUNCA PENCEMARAN
KUALA TERENGGANU, 29 JULAI 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu sentiasa bersiap sedia menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan OMPT dan pemantauan dijalankan melibatkan daerah Kuala Terengganu,Setiu dan Besut.. Tiada pembakaran terbuka semasa rondaan dilakukan
Siasatan aduan pembakaran terbuka didapati berasas dengan penemuan kesan pembakaran brlaku. Notis peringatan diberikan kepada individu terlibat supaya tidak mengulangi kesalahan.
Selain itu, kewasan yang dikesan berpotensi pembakaran terbuka dilakukan oleh orang awam telah dipasang banner larangan aktiviti tersebut, sebagai peringatan berhubung kesalahan dan tindakan undang-undang yang boleh dikenakan.
Rondaan dan pemantauan pencemaran marin di Pantai Bukit Keluang, Besut mendapati tiada sebarang penemuan tarball dan tumpahan minyak dikesan.
Kesiap siagaan pasukan penguatkuasaan JAS Terengganu ini disifatkan komitmen dan tindakan proaktif pengurusan tertinngi JAS agar sebarang pencemaran berlaku dapat dicegah.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama