Penerangan
SEMINAR PEMATUHAN DAN PERUNDANGAN TERKINI PERLESENAN Seminar 2022/2023 BAGI PREMIS YANG DITETAPKAN MINYAK KELAPA SAWIT MENTAH DI NEGERI TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 9 JULAI 2023- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menganjurkan Seminar Pematuhan & Perundangan Terkini Pelesenan 2022/2023 Premis Yang Ditetapkan Minyak Sawit Mentah kepada kilang kelapa sawit di Negeri Terengganu.
YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman telah hadi nagi merasmikan seminar ini, sekaligus menyampaikan lesen kepada kilang-kilamg kelapa sawit di negeri ini,.
Seminar ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada pihak industri berkenaan dengan hal-hal berkaitan pelesenan dan juga perundangan-perundangan terkini bagi premis yang ditetapkan minyak kelapa sawit di Negeri Terengganu. Selain daripada itu, melalui sesi soal jawab yang diaturkan di dalam program ini juga menyediakan platform kepada pihak industri untuk mengutarakan sebarang pertanyaan atau pendapat kepada pihak Jabatan berkenaan dengan perkara yang dibincangkan dan juga isu-isu yang timbul berkaitan dengan alam sekitar.
JAS Terengganu mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak semua pengurusan tertinggi kilang kelapa sawit di negeri ini dalam menyokong dan memberi kerjasama untuk mambantu Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaksanakan misinya “Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”.
#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama