PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU DAN JABATAN BOMBA TINGKATKAN KERJASAMA KAWALAN KEBAKARAN TAPAK PELUPUSAN SAMPAH DAERAH KEMAMAN

DOE Terengganu 29/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU DAN JABATAN BOMBA TINGKATKAN KERJASAMA KAWALAN KEBAKARAN TAPAK PELUPUSAN SAMPAH DAERAH KEMAMAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
29/07/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

JAS TERENGGANU DAN JABATAN BOMBA TINGKATKAN KERJASAMA KAWALAN KEBAKARAN TAPAK PELUPUSAN SAMPAH DAERAH KEMAMAN KEMAMAN, 14 JULAI  2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman terus mengawal dan memantau kejadian kebakaran tapak pelupusan sampah Mak Chili hari ini. Susulan kejadian ini,  pihak bomba dengan kekuatan 25 anggota dari Balai Bomba Kuala Terengganu telah digerakkan untuk memadamkan kebakaran ini. Ketua operasi yang berada ditempat kejadian memaklumkan seluas 4.5 ekar telah berjaya dipadamkan sehingga jam 5.30 petang, hari ini. Kerja-kerja memadam berdepan dengan kesukaran berikutan masalah tekanan air rendah dan juga pam air yang digunakan tersumbat. Pihak bomba memaklumklan kejadian kebakaran berjaya dikawal . JAS Terengganu dengan kerjasama pihak BOMBA akan terus memantau operasi pemadaman ini sehingga selesai dan siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca yang menyebabkan kejadian ini. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan