PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PROGRAM PENGHIJAUAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

DOE Terengganu 29/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENGHIJAUAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
29/07/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

PROGRAM PENGHIJAUAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU KUALA TERENGGANU, 9 JULAI 2023- Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Mohd Norli Abdullah telah menyertai program penghijauan aktiviti tanam pokok anjuran Majlis Daerah Hulu Terengganu yang telah diadakan pada hari ini, Ahad. Program ini mendapat tajaan daripada Syarikat ExxonMOBIL Exploration and Production Malaysia Inc. dan sokongan Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Ianya juga bersempena Program Penghijauan Malaysia, Kempen Penanaman 100 juta pokok Peringkat Negeri Terengganu. Program ini diharap dapat mencapai hasrat melahirkan generasi masa kini dan akan datang untuk terus memberi komitmen dalam perlindungan alam sekitar untuk kesejahteraan sejagat. JAS Terengganu merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu dan seluruh warga kerja penganjuran program ini atas komitmen melestarikan alam sekitar di negeri ini. .#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan