Penerangan
JAS CAWANGAN KEMAMAN SENTIASA BERSIAP SIAGA CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN CEGAH PENCEMARAN
KEMAMAN –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman terus bersiap sedia menjalankan penguatkuasaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran pada cuti umum, 19 Julai, Rabu, sempena Sambutan Maal Hijrah 1445H.
Hasil rondaan dan pemantauan ini tiada pembakaran terbuka dikesan. Walau bagaimanapun beberapa kawasan yang dikenalpasti berpotensi aktiviti ini dilakukan banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang sebagai tindakan proaktif berhubung keslahan tersebut dan tindakan undang-undang yang dikenakan.
Penggunaan drone juga bagi meninjau dari udara punca pencemaran juga dilakukan, tiada kejadian yang diingini dan mencurigakan dikesan.
Kesiap sediaan JAS Terengganu Cawangan Kemaman ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan kejadian pencemaran di daerah ini.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama