Penerangan
PASUKAN PENGUATKUASAAN JAS CAWANGAN KEMAMAN BERSIAP SIAGA PANTAU PUNCA PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU
KEMAMAN, 15 JULAI 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman terus bersiap sedia menjalankan penguatkuasaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu.
Penguatkuasaan ini melibatkan kawasan Bukit Kuang. Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kg.Teluk Kalong, Kijal, Meraga Beris, Ibok, Pengkalan Pasir,Yak Yah, Padang Kubu, Mak Chili, Gong Pauh dan Gong Limau.
Hasil rondaan ini pasukan penguatkuasa telah menjumpai pembakaran di Bukit Kuang. Tindakan susulan dengan mengeluarkan arahan pemadaman serta merta dan risalah larangan pembakaran terbuka telah diberikan.
Pemantauan operasi kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dan Pengkalan Bekalan Kemaman (KSB) tidak menemui sebarang aktiviti yang mencurigakan.
Kesiap sediaan JAS Terengganu Cawangan Kemaman ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan kejadian pencemaran di daerah ini.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama