Penerangan
PASUKAN PENGUATKUASAAN JAS CAWANGAN KEMAMAN BERSIAP PANTAU PUNCA PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU
KEMAMAN, 14 JULAI 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman terus bersiap sedia menjalankan penguatkuasaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu.
Penguatkuasaan ini melibatkan Bukit Kuang, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong,Kg.Teluk Kalong, Kijal, Bukit Anak Dara, Kg.Jong Berlaboh, Kg.Padang Kemunting, Ibok, Pengkalan Pasir, Yak Yah, Mak Chili, Gong Pauh dan Gong Limau.
Tiada pembakaran terbuka sepanjang laluan rondaan dijalankan.Poster Larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi yang berpotensi aktiviti ini dilakukan sebagai peringatan berhubung kesalahan dan hukuman denda yang akan dikenakan.
Pemantauan operasi kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dan Pengkalan Bekalan Kemaman (KSB) tidak menemui sebarang aktiviti yang mencurigakan.
Kesiap sediaan JAS Terengganu Cawangan Kemaman ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan kejadian pencemaran di daerah ini.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama