Penerangan
PASUKAN PENGUATKUASAAN JAS CAWANGAN KEMAMAN SENTIASA BERSIAP SIAGA
KEMAMAN, 8 JULAI 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman terus bersiap sedia menjalankan penguatkuasaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu.
Penguatkuasaan hari ini melibatkan Chukai, Kg Besut, Telok Kalong, Bukit Kuang, Geliga, Mat Lagam, Binjai, Mak Chili, Gong Pauh dan Gong Limau.
Beberapa kawasan telah dikesan terdapat pembakaran terbuka sepanjang laluan rondaan dijalankan. Banner Larangan Pembakaran Terbuka telah dipasang dan pamplet juga telah diserahkan kepada penduduk sekitar.
Selain itu juga pemantauan di kawasan penempatan kilang di Kawasan Perindustrian Telok Kalong juga dilakukan. Tiada abnormal aktiviti dikesan semasa rondaan dijalankan.
Kesiap sediaan JAS Terengganu Cawangan Kemaman ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan kejadian pencemaran di daerah ini.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama