PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PASUKAN PENGUATKUASAAN JAS CAWANGAN KEMAMAN BERSIAP SIAGA PANTAU PUNCA PENCEMARAN

DOE Terengganu 29/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PASUKAN PENGUATKUASAAN JAS CAWANGAN KEMAMAN BERSIAP SIAGA PANTAU PUNCA PENCEMARAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
29/07/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

PASUKAN PENGUATKUASAAN JAS CAWANGAN KEMAMAN BERSIAP SIAGA PANTAU PUNCA PENCEMARAN KEMAMAN, 7 JULAI  2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman terus bersiap sedia menjalankan penguatkuasaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu. Penguatkuasaan ini melibatkan kawasan Chukai, Bukit Kuang, Telok Kalong, Kijal, Jakar, mak Chili, Geliga, Paya Berenjut,  Mak lagam, Cheneh dan Kg Banho menunjukkan tiada sebarang pembakaran terbuka dijumpai. Walau bagaimanapun banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di kawasan lombong kg Banho kerana terdapat longgokan sisa yg berpotensi menyebabkan pembakaran terbuka. Pemantauan di kawasan penempatan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Telok Kalong didapati tiada aktiviti yang mencurigakan dikesan. Pemeriksaan di Tapak Pelupusan Sampah Bukit Jembalang menunjukkan tiada sebarang pembakaran terbuka dikesan. Kesiap sediaan JAS Terengganu Cawangan Kemaman ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan kejadian pencemaran di daerah ini. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan