PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PANTAU PUNCA PENCEMARAN

DOE Terengganu 29/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PANTAU PUNCA PENCEMARAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
29/07/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PANTAU PUNCA PENCEMARAN KUALA TERENGGANU, 22 JULAI 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu sentiasa bersiap sedia menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan OMPT dan pemantauan dijalankan  melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang, dan Dungun. Tiada pembakaran terbuka semasa rondaan dilakukan Kewasan-kawasan yang dikesan berpotensi pembakaran terbuka dilakukan oleh orang awam telah dipasang banner larangan aktiviti tersebut, sebagai peringatan berhubung kesalahan dan tindakan undang-undang yang boleh dikenakan. Selain itu, pemantauan punca pencemaran di kawasan penempatan kilang-kilang dan Tapak Pelupusan Sampah tidak menemui sebarang kejadian yang mencurigakan. Pemantauan ke atas infrastruktur pencegahan kebakaran di kawasan tanah gambut iaitu check dam berada dalam keadaan  baik. Rondaan dan pemantauan secara berterusan terutama semasa cuti hujung minggu dan cuti umum diharap dapat mencegah kejadian yang tidak diingini berlaku. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan