Penerangan
RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PANTAU PUNCA PENCEMARAN OLEH JAS TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 19 JULAI 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu sentiasa bersiap sedia menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan OMPT dan pemantauan dijalankan melibatkan daerah Besut, Setiu dan Kuala Terengganu.
Kewasan-kawasan yang dikesan berpotensi pembakaran terbuka dilakukan oleh orang awam telah dipasang banner larangan aktiviti tersebut, sebagai peringatan berhubung kesalahan dan tindakan undang-undang yang boleh dikenakan.
Selain itu, pemantauan punca pencemaran di kawasan penempatan kilang-kilang tidak menemui sebarang kejadian yang mencurigakan.
Rondaan dan pemantauan secara berterusan terutama semasa cuti hujung minggu dan cuti umum diharap dapat mencegah kejadian yang tidak diingini berlaku.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama