Penerangan
JAS TERENGGANU: RONDAAN CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PANTAU PUNCA PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU
KUALA TERENGGANU, 15 JULAI 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu sentiasa bersiap sedia menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan OMPT dan pemantauan melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang dan Dungun. Tiada pembakaran terbuka semasa rondaan dilakukan.
Kawasan yang berpotensi pembakaran terbuka dilakukan telah ditemui berhampiran Jalan Utama di Pulau Kerengga. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di kawasan berkenaan.
Pemantauan di sepanjang pantai di Paka mendapati tiada sebarang tumpahan minyak di kesan.
Pemeriksaan infastruktur pencegahan kebakaran ditanah gambut , check dam didapati berada dalam keadaan baik.
Pemantauan di Kawasan Taman Industri Paka didapati tiada aktiviti abnormal dan mencurigakan dikesan
JAS Terengganu sentiasa bersiap siaga dan memastikan punca-punca pencemaran di negeri ini berada dalam tahap pematuhan yang baik.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama