Penerangan
JAS TERENGGANU: RONDAAN OMPT DAN PANTAU PUNCA PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU
KUALA TERENGGANU, 14 JULAI 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu sentiasa bersiap sedia menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan OMPT dan pemantauan melibatkan daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut. Tiada sebarang pembakaran terbuka dikesan sepanjang rondaan dijalankan
Rondaan dan pemantauan di kawasan penempatan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Gong Badak, Kua;a Terengganu dan Kawasan Perindustrian Gong Medang, Besut . Tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan.
Pasukan rondaan juga memasang banner larangan pembakaran terbuka di kawasan yang berpotensi aktiviti pembakaran terbuka dilakukan oleh orang awam.
Pemantauan di kawasan pantai juga turut dilakukan. Tiada kes-kes pencemaran akibat tumpahan minyak dan pencemaran bebola tar dikesan.
JAS Terengganu sentiasa bersiap siaga dan memastikan punca-punca pencemaran di negeri ini berada dalam tahap pematuhan yang baik.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama