Penerangan
KUALA TERENGGANU, 7 JULAI 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu sentiasa bersiap sedia menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran ke atas punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan OMPT dan pemantauan dijalankan melibatkan sekitar Kuala Terengganu, Marang, Dungun. Tiada sebarang pembakaran terbuka dikesan sepanjang rondaan dijalankan
Selain itu siasatan aduan alur air dicemari minyak di Kg Lubuk Perah, Wakaf Tapai, didapati tidak berasas. Hasil siasatan mendapati tidak kesan berminyak didalam alur air seperti yang diadu berdasarkan pemerhatian secara visual mendapati air bertakung dan tidak mengalir. Walau bagaimanapun persampelan telah dilakukan untuk kenalpasti punca sebenar.
Rondaan dan pemantauan di kawasan penempatan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Wakaf Tapai, Marang di dapati tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan.
Pasukan rondaan juga memasang banner pembakaran terbuka di kawasan yang berpotensi aktiviti pembakaran terbuka dilakukan oleh orang awam.
Pemantauan di kawasan Tapak Pelupusan Sampah Bukit Bukit Lat, Dungun juga dilakukan , tiada pembakaran terbuka dan pelepasan air resapan dikesan .
JAS Terengganu sentiasa bersiap siaga dan memastikan punca-punca pencemaran di bawah Akta Kualiti alam sekeliling di negeri ini berada dalam tahap pematuhan yang baik.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama