PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

LAWATAN POST-NAIK TARAF PERPUSTAKAAN JAS NEGERI TERENGGANU OLEH BAHAGIAN KOMUNIKASI STRATEGIK, IBU PEJABAT JABATAN ALAM SEKITAR

DOE Terengganu 29/07/2023 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN POST-NAIK TARAF PERPUSTAKAAN JAS NEGERI TERENGGANU OLEH BAHAGIAN KOMUNIKASI STRATEGIK, IBU PEJABAT JABATAN ALAM SEKITAR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
29/07/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

LAWATAN POST-NAIK TARAF PERPUSTAKAAN JAS NEGERI TERENGGANU OLEH BAHAGIAN KOMUNIKASI STRATEGIK, IBU PEJABAT JABATAN ALAM SEKITAR KUALA TERENGGANU, 23 Julai 2023 – Pengarah JAS Negeri Terengganu, YBrs. Encik Ramli Abd. Rahman telah menerima lawatan Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik JAS Ibu Pejabat, YBrs. Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon serta Ketua Seksyen Penerbitan dan Perpustakaan Puan Zuraini binti Siam bersama Pegawai Perpustakaan ke JAS Terengganu hari ini, Ahad. Majlis pembukaan dan sesi taklimat bersempena program Lawatan Post-Naik Taraf ke Perpustakaan Enviro Digital @ JAS Terengganu telah berlangsung di Bilik Mesyuarat JAS Terengganu. Sesi taklimat ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong pengarah Pembangunan dan pegawai dari Unit Pendidikan dan Pengawasan, Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Pentadbiran JAS Terengganu serta pegawai dari pejabat JAS Cawangan Kemaman. Lawatan ini bertujuan untuk melihat dan menyediakan pelaporan hasil naik taraf Perpustakaan Enviro Digital @ JAS Terengganu yang memfokuskan kepada perkhidmatan maklumat pendigitalan. Selain itu taklimat berkaitan tata cara pendaftaran bahan bacaan, pengurusan perpustakaan juga telah disampaikan oleh Pustakawan Ibu Pejabat JAS, Puan Wan Nai'mah binti Wan Awang. JAS Terengganu merakamkan ucapan terima kasih di atas lawatan ini yang disifatkan komitmen pihak pengurusan tertinggi JAS dalam memastikan hala tuju naiktaraf perpustakaan ini jelas dan memberi manfaat kepada seluruh warga JAS dan juga orang awam. #Kementeriansumber aslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan