Penerangan
PROGRAM PENGAWASAN KUALITI AIR TANAH DI STESEN HULU TERENGGANU DAN SETIU
KUALA TERENGGANU, 12 JULAI 2023, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu, Seksyen Kesedaran Alam Sekitar, Stor dan Pengawasan telah menjalankan program pengawasan kualiti air tanah di dua stesen yang terletak di daerah Setiu dan dua di daerah Hulu Terengganu selama 2 hari pada Ahad dan Isnin.
Peralatan Multi Parameter Probe YSI digunakan untuk mengukur kualiti air tanah secara in-situ bagi parameter suhu, pepejal terlarut, pH, kemasinan, konduktiviti , kekeruhan dan oksigen terlarut.
Sampel air bawah tanah juga diambil untuk analisa makmal oleh Jabatan Kimia Malaysia, Negeri Terengganu dan Petaling Jaya, Selangor.
Perancangan program pengawasan air tanah pada tahun ini, melibatkan 16 stesen di negeri ini.
Program ini, telah dapat mempertingkatkan kualiti air tanah yang komprehensif dan menyeluruh, di samping tahap kualiti hidup rakyat juga meningkat melalui langkah-langkah proaktif di dalam pengawalan punca-punca yang menyebabkan pencemaran air tanah.
Air tanah kini menjadi sumber air yang semakin penting dan ianya juga mudah terdedah kepada pelbagai punca pencemaran yang berpotensi menjejaskan kegunaan berfaedahnya.
#Kementeriansumber aslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama