PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

CERAMAH PEMATUHAN SYARAT LESEN DAN KESEDARAN ALAM SEKITAR KEPADA PENGURUSAN KILANG KELAPA SAWIT DI NEGERI TERENGGANU

DOE Terengganu 29/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
CERAMAH PEMATUHAN SYARAT LESEN DAN KESEDARAN ALAM SEKITAR KEPADA PENGURUSAN KILANG KELAPA SAWIT DI NEGERI TERENGGANU
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
29/07/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

CERAMAH PEMATUHAN SYARAT LESEN DAN KESEDARAN ALAM SEKITAR KEPADA PENGURUSAN KILANG KELAPA SAWIT DI NEGERI TERENGGANU KUALA TERENGGANU, 9 JULAI 2023- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menganjurkan Seminar Pematuhan & Perundangan Terkini Pelesenan 2022/2023 Bagi Premis Yang Ditetapkan Kilang kelapa Sawit Negeri Terengganu.

Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Puan Siti Noor Shazilla binti Zaki dan Puan Zaleha binti Abdullah telah menyampaikan ceramah tersebut.

Matlamat utama program ini adalah untuk memberi penerangan kepada pihak industri berkenaan dengan hal-hal berkaitan pelesenan dan juga perundangan-perundangan terkini bagi premis yang ditetapkan minyak kelapa sawit di Negeri Terengganu. Selain daripada itu, melalui sesi soal jawab yang diaturkan di dalam program ini juga menyediakan platform kepada pihak industri untuk mengutarakan sebarang pertanyaan atau pendapat kepada pihak Jabatan berkenaan dengan perkara yang dibincangkan dan juga isu-isu yang timbul berkaitan dengan alam sekitar. JAS Terengganu mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak semua pengurusan tertinggi kilang kelapa sawit di negeri ini dalam menyokong dan memberi kerjasama untuk mambantu Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaksanakan misinya “Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama    

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan