Penerangan
CERAMAH JAS TERENGGANU SEMPENA PROGRAM ADVOKASI GERAKAN PENGGUNA SISWA CONSUMER ECO CARE NEGERI TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 8 JULAI 2023- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah memenuhi jemputan menyampaikan ceramah kesedaran alam sekitar sempena Program Advokasi Gerakan Pengguna Siswa Consumer Eco Care Negeri Terengganu hari ini.
Program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Negeri Terengganu ini, telah diadakan di Wetland School Of Setiu, Kg. Mangkuk Setiu melibatkan seramai 100 orang pelajar dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di negeri ini.
Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Tertinggi , JAS Terengganu, Puan Zaleha binti Abdullah telah hadir bagi menyampaikan ceramah tersebut.
JAS Terengganu mengucapkan setinggi penghargaan kepada Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Negeri Terengganu dan seluruh warganya dalam menyokong dan memberi kerjasama untuk mambantu Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaksanakan misinya “Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”.
#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama