PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU JAS TERENGGANU BERSAMA AGENSI PENGUATKUASA DI DAERAH KEMAMAN

DOE Terengganu 29/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU JAS TERENGGANU BERSAMA AGENSI PENGUATKUASA DI DAERAH KEMAMAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
29/07/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 20 JULAI 2023: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah mengeluarkan 2 Notis Arahan dan 1 kompaun kepada pemilik kenderaan dalam Operasi bersepadu JAS Terengganu bersama JAS Cawangan Kemaman, IPD Trafik Kemaman dan AADK Cawangan Kemaman pada 12 Julai, Rabu lalu. Dalam operasi yang melibatkan penguatkuasaan pelepasan asap hitam kenderaan berenjin diesel ini, 27 kenderaan telah diperiksa secara visual dan 5 kenderaan telah diuji menggunakan meter asap. Hasil daripada ujian tersebut 2 buah kenderaan dikenakan notis arahan di bawah Seksyen 48A. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan 1 kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Selain itu penguatkuasaan bunyi bising kenderaan bermotor turut dibuat dibawah Perauran-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising kenderaan Motor) 1987 JAS Terengganu sentiasa menasihatkan kepada pemilik kenderaan berenjin diesel dan motosikal supaya memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan