PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU JAS TERENGGANU BERSAMA IPD TRAFIK KEMAMAN DAN AADK CAWANGAN KEMAMAN

DOE Terengganu 29/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU JAS TERENGGANU BERSAMA IPD TRAFIK KEMAMAN DAN AADK CAWANGAN KEMAMAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
29/07/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 20 JULAI 2023: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah mengeluarkan enam (6) Notis Arahan dan tiga kompaun kepada pemilik kenderaan dalam Operasi bersepadu JAS Terengganu bersama JAS Cawangan Kemaman, IPD Trafik Kemaman dan AADK Cawangan Kemaman pada 13 Julai, khamis lalu. Dalam operasi yang melibatkan penguatkuasaan pelepasan asap hitam kenderaan berenjin diesel ini, 80 kenderaan telah diperiksa secara visual dan 10 kenderaan telah diuji menggunakan meter asap. Hasil daripada ujian tersebut 6 buah kenderaan dikenakan notis arahan di bawah Seksyen 48A. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan 3 kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Selain itu penguatkuasaan pelepasan gas karbon monoksida atau hidrokarbon (CO/HC) dari kenderaan petrol juga dibuat yang melibatkan 80 kenderaan diperiksa. Hasil daripada pemeriksaan secara visual tersebut ,4 buah kenderaan diuji menngunakan penganalisis Karbon Monoksida atau Hidrokarbon. Hasil ujian ini 3 buah kenderaan dikenakan notis arahan dan 3 kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996. JAS Terengganu sentiasa menasihatkan kepada pemilik kenderaan berenjin diesel dan petrol supaya memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan