Penerangan
KUALA TERENGGANU–Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus bersiap sedia menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu, Sabtu hari ini.
Rondaan dan pemantauan dijalankan melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang dan Dungun. Tiada pembakaran terbuka dikesan.
Walau bagaimanapun terdapat satu longgokan timbunan pokok daripada aktiviti pembersihan tanah di Rantau Abang, Dungun telah ditemui. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di kawasan tersebut.
Rondaan dan pemantauan ini juga melibatkan kawasan penempatan perumahan, kilang-kilang serta kawasan penempatan check dam,iaitu infrastruktur pencegahan kebakaran di kawasan tanah gambut yang sering terbakar semasa musim cuaca kering.
Selain itu siasatan aduan pembakaran terbuka dikenalpasti berpunca dari pembakaran sampah telah merebak ke kawasan sekitarnya iaitu pokok gelam. Pihak bomba telah Berjaya melakukan pemadaman sepenuhnya.
Pasukan penguatkuasa telah mengedarkan risalah larangan pembakaran terbuka kepada orang awam yang berada di kawasan sekitar, sebagai peringatan agar tidak melakukan pembakaran terbuka.
Pasukan penguatkuasaan JAS Terengganu sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kejadian pencemaran yang tidak diingini berlaku agar orang awam sentiasa berada dalam keadaan sejahtera.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama