Penerangan
Kuala Terengganu, 27 Julai 2023. Timbalan Ketua Pengarah Alam Sekitar, Pembangunan , YBrs Puan Mashitah binti Darus telah melakukan lawatan kerja di Negeri Terengganu.
Sesi lawatan ini dimulai dengan kunjungan beliau ke Pejabat JAS Terengganu yang disambut oleh YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah JAS Terengganu.
Pada sesi kunjungan ini YBrs. Timbalan Ketua Pengarah Alam Sekitar, Pembangunan telah mengambil peluang bertemu dengan semua kakitangan JAS Terengganu serta mengadakan perbincangan berkaitan dengan tadbir urus pejabat JAS Terengganu.
Beliau juga turut mengambil peluang melawat tapak Cadangan Projek Membina Dan Menaiktaraf Bangunan Baru Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu di atas tapak lama Jabatan Kimia Negeri Terengganu di Kuala Terengganu.
JAS Terengganu merakamkan ucapan terima kasih kepada Timbalan Ketua Pengarah Alam Sekitar, Pembangunan , YBrs Puan Mashitah binti Darus di atas lawatan kerja pada hari ini. Lawatan ini sebagai tanda sokongan dan komitmen pihak pengurusan tertinggi JAS dalam memastikan perkhidmatan pejabat JAS Negeri berada pada tahap yang memuaskan.
#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama