PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

JAS MELAKA MENGHADIRI LATIHAN PENGURUSAN BENCANA TIER-3/MKN- TAHAP 1, TAHUN 2023 (UDANG BAKAR EXCERCISE 20)

DOE Melaka 08/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS MELAKA MENGHADIRI LATIHAN PENGURUSAN BENCANA TIER-3/MKN- TAHAP 1, TAHUN 2023 (UDANG BAKAR EXCERCISE 20)
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/07/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

27 JULAI 2023, MELAKA -   Seramai 4 orang wakil dari Jabatan Alam Sekitar Melaka telah menghadiri latihan pengurusan bencana Tier-3/MKN -Tahap 1, tahun 2023 iaitu Udang Bakar Exercise 20  di MRCSB      ( Petronas Penapisan Sungai Udang ) anjuran MRCSB. Objektif  program ini adalah meningkatkan tahap kerjasama antara agensi Kerajan dengan loji MRCSB dalam pengurusan bencana industri seperti yang digariskan dalam arahan MKN No.20.  Ia juga salah satu aktiviti yang meningkatkan  tahap kesiapsiagaan Agensi Kerajaan dan loji MRCSB  dalam pengurusan bencana Industri serta menguji keberkesanan Pelan Tindakan Kecemasan MRCSB. Selain daripada itu latihan ini menguji keberkesanan Peraturan Tetap Operasi Pengendalian Bencana Industri Jilid (2) kepada arahan MKN no.20 dan juga Peraturan Tetap  Operasi Agensi Kerajaan. Program ini juga memberi pendedahan serta pengalaman kepada penduduk setempat tentang proses evakuasi. Program berkaitan dengan pengurusan risiko bencana dilihat bukan lagi merupakan suatu pilihan, sebaliknya merupakan satu keperluan pada ketika ini memandangkan kejadian bencana alam semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Tindakan dan kesiapsiagaan awal yang diambil dilihat mampu meminimumkan kesan terhadap kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa sekiranya berlaku  kejadian bencana  pada masa hadapan.        

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan