Penerangan
26 JULAI 2023, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Melaka mengadakan Seminar Pemantapan Pengurusan Buangan Terjadual Di Bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 Dan Hands-On Penggunaan Sistem E-Swis. Seminar ini telah diadakan pada 25 Julai 2023 bertempat di Hotel MITC , Melaka dan telah dihadiri seramai 135 orang peserta.
Seminar ini memberi peluang kepada premis, industri, orang awam dan perunding mengikuti secara terus sesi penerangan berkaitan keperluan pematuhan dibawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 melalui kaedah pelaporan kendiri kepada Jabatan Alam Sekitar melalui sistem “eSWIS” kepada semua peserta seminar. Seminar ini dirasmikan oleh Tuan Rosli bin Mustafa, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka.
Objektif seminar ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada semua premis dan industri yang berkaitan kepentingan pengurusan buangan terjadual yang mematuhi kehendak Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Program seminar pemantapan pengurusan buangan terjadual ini mengkhususkan kaedah pengendalian buangan terjadual yang terhasil di dalam sesebuah premis dan industri sehingga kaedah yang dipilih untuk melaksanakan pelupusan buangan terjadual di dalam Negeri Melaka ini dan memberi penerangan yang jelas berkaitan keperluan pematuhan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 serta kaedah penggunaan sistem “eSWIS” secara lebih menyeluruh.
Pihak premis diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekitar.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka komited untuk menangani aduan awam dan menyeru orang awam dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama