PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS BUNYI BISING MOTOSIKAL BERSEPADU: JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA

DOE Negeri Sembilan 28/07/2023 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS BUNYI BISING MOTOSIKAL BERSEPADU: JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/07/2023
Organisasi
DOE Negeri Sembilan
Lokasi
Negeri Sembilan

Penerangan

Ops Bunyi Bising Motosikal Bersepadu dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar dan Unit Penguaktkuasa PLUS Wilayah Tengah telah dijalankan di lokasi Lebuhraya Seremban–Port Dickson (SPDH) Tujuan utama operasi ini adalah untuk menjalankan pemeriksaan mekanikal dan fizikal terhadap motosikal dan penunggangnya, dengan tujuan memastikan keselamatan jalan raya. Selain itu, operasi ini juga bertujuan untuk menguatkuasakan undang-undang dan peraturan lalulintas secara menyeluruh. Operasi ini telah dijalankan dari jam 9:30 malam sehingga 4:00 pagi dan sepanjang operasi berlangsung, sebanyak 236 saman telah dikeluarkan oleh pihak PDRM, dan sebanyak 11 saman telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar atas kesalahan bunyi bising. Daripada jumlah tersebut, 6 buah motosikal telah disita dan diambil tindakan. Kerjasama di antara agensi-agensi yang terlibat dalam operasi ini adalah langkah yang proaktif untuk menjaga keselamatan serta meningkatkan kesedaran dan keselamatan pengguna lebuh raya. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasn9 #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan